- 12.41 pagi - Pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) bersama 239 penumpang termasuk 12 kru, berlepas dari KLIA.
- 1.01 pagi - MH370 melewati ruang udara Taman Negara di Pahang ke arah pantai timur.
- 1.07 pagi - MH370 menghantar transmisi isyarat Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) terakhir sebelum dimatikan.
- 1.19 pagi - Pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, ucapkan "All right. Good Night" kepada pengawal trafik udara Malaysia, yang menghubungi MH370 memaklumkan pemantauan radar diserahkan kepada Vietnam.
- 1.21 pagi - Transponder MH370 yang menghantar isyarat lokasi dan altitud, dimatikan dan tidak dapat dikesan oleh radar awam.
- 1.22 pagi - Pengawal trafik udara Vietnam mendapati mereka hilang perhubungan dengan MH370.
- 2.15 pagi - Radar TUDM Malaysia mengesan MH370 di utara Selat Melaka.
- 2.16 pagi - 8.11 pagi - Satelit INMARSAT pada ketinggian 22,245 batu dari Lautan Hindi, menerima enam isyarat berbalas MH370 sebelum pesawat itu hilang tanpa jejak.
- 8.11 pagi - Isyarat terakhir MH370 dikesan INMARSAT, selepas tujuh jam 31 minit pesawat itu berlepas. Ia dipercayai berada di antara dua koridor iaitu dari Utara Thailand ke Kazakhstan dan sepanjang Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.
Monday, 24 March 2014
Kronologi Kehilangan MH370 pada 8 Mac 2014
Sumber : Berita Harian, 25 Mac 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment