Pages

Wednesday, 18 September 2013

Kerajaan Pusat Peruntuk RM3.22b Projek Di Selangor

Shah Alam : Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM3.22 bilion pada 2012 untuk membiayai projek serta pembangunan di Selangor berbanding kerajaan negeri yang diterajui PKR yang hanya menyediakan RM667.58 juta.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata daripada jumlah berkenaan, 90 peratus dibelanjakan bagi membina pelbagai infrastruktur dan prasarana bagi kemudahan rakyat.
"Perangkaan menunjukkan kerajaan PKR Selangor hanya membelanjakan RM494 juta atau 70 peratus daripada RM667.58 juta bagi projek pembangunan. Perangkaan ini juga membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap rakyat Selangor dan sekaligus membuka mata mengenai kerajaan mana yang lebih banyak berkorban untuk rakyat. Malah, sejak 2008, Kerajaan Persekutuan berjaya membantu mengeluarkan 12, 677 keluarga di Selangor daripada paras kemiskinan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lalu serta Majlis Sambutan Aidilfitri di sini semalam.
Noh berkata, peranan utama majlis berkenaan adalah memastikan peruntukan Kerajaan Persekutuan sampai kepada golongan sasar dan semua projek yang dijalankan dapat berjalan lancar.

Sumber berita: Akhbar BH bertarikh 21 Ogos 2013

No comments:

Post a Comment