Dhaka: Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menafikan rakyat negaranya digunakan sebagai pengundi hantu bagi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu.
Hasina menyatakan ketegasannya kepada Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan sempena lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri ke Bangladesh, yang berakhir semalam. Malah, Najib yang memaklumkan perkara itu kepada media Malaysia, secara sinis memaklumkan selain mengeratkan hubungan dua hala dan kerjasama Malaysia-Bangladesh, kunjungannya juga untuk 'mencari dan mengucapkan terima kasih kepada 40,000 rakyat Bangladesh' yang dikatakan telah mengundi BN dalam pilihan raya itu.
"Nampaknya misi yang kedua ini gagal sebab saya tak dapat jumpa 40,000 rakyat Bangladesh yang dikatakan mengundi BN. Perdana Menteri Bangladesh pun menggeleng kepala kepada saya... dia kata tak mungkin perkara ini berlakusebab jika nak jadi pengundi mesti menjadi warga Malaysia.
" Beliau kata memang tak ada kita memberi 40,000 kewarganegaraan kepada warga Bangladesh. Jadi, pokoknya satu misi (lawatan ke Bangladesh) amat berjaya dan satu misi lagi gagal sebab tak dapat ucap tahniah kepada mereka," katanya.
Najib berkata Hasina turut menyifatkan lawatannya berhasil dengan tekad menterjemahkan rasa kebersamaan rakyat kedua-dua negara dalam bentuk kerjasama semakin meningkat dan lebih luas.
Teliti bidang berpotensi
Hasina turut memaklumkan beberapa bidang berpotensi bagi pelaburan Malaysia di negara itu seperti infrastruktur, penjanaan kuasa, hospitaliti, telekomunikasi, pendidikan dan industri gas yang akan diteliti lebih lanjut.
Sementara itu, Najib berkata Malaysia-Bangladesh sependapat pelaksanaan kemasukan pekerja republik itu ke Malaysia melalui memorandum persefahaman (MoU) perbekalan tenaga kerja asing antara kerajaan dengan kerajaan bermula tahun ini, belum memuaskan.
Malah, katanya, wujud dakwaan ada pihak swasta, kebanyakannya di Bangladesh masuk melalui kaedah itu kerana tidak menguntungkan mereka.
"Kedua-dua pihak maklum ia belum memuaskan dari segi pelaksanaan. Setakat ini hanya 718 pekerja Bangladesh masuk ke Malaysia melalui kaedah itu.
"Kedua-dua kerajaan berharap kaedah ini digunakan kerana ia menjamin pekerja masuk secara betul, mengikut peraturan dan tidak dibebankan pembayaran yang begitu tinggi. Maknanya, pihak swasta yang mengeksploitasi pekerja tidak akan berlaku jika menggunakan kaedah MoU yang ditandatangani," katanya.
Sumber : BH, 20 November 2013
Tuesday, 19 November 2013
'Selfie' perkataan paling unik tahun ini
London: 'Selfie' adalah perkataan terbaik bagi 2013, kata pegawai di sini semalam.
Ini berikutan penggunaan perkataan itu mencapai lebih 17,000 peratus sejak 12 bulan lalu, kata Oxford Dictionaries yang menyiarkan 'Oxford English Dictionary' (OED).
Selfie adalah satu gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon bimbit atau webcam dan dimuatnaik ke dalam laman web.
Dapat perhatian
Pada 2013, perkataan mendapat perhatian selepas banyak digunakan pengguna media sosial. Pengarah Editorial Oxford Dictionaries, Judy Pearsall, berkata program penyelidikan bahasa mereka mengumpul 150 juta perkataan yang digunakan setiap bulan.
"Kita boleh lihat penggunaan meningkat selfie pada tahun ini membantunya menjadi perkataan terpilih tahun 2013," katanya.
Penyelidiknya mendapati, kekerapan penggunaan selfie meningkat 17,000 peratus sejak tahun lalu. Penggunaan terawal perkataan itu dikesan pada pos forum Australia pada Septembeer 2002.
"Hashtag selfie"
Pearsall berkata: "Laman media sosial membantu mempopularkan perkataan itu dengan 'hashtag selfie' muncul di Flickr seawal 2004 tetapi ia hanya meluas pada 2012 apabila media semakin meluas menggunakannya.
Perkataan lain dalam senarai perkataan tahun ini ialah 'bedroom tax' (merujuk kepada perubahan dasar kebajikan Britain); 'binge watch' (bermaksud menonton beberapa episod televisyen sekaligus); 'bitcoin' (mata wang digital); 'olinguito' (memalia dalam bahasa Amerika Selatan); 'schmeat' (daging sintetik) dan 'showrooming' (menonton tarikan di kedai online) dan twerk. "Twerk mula disebut awal 1990-an iaitu merujuk kepada adegan muzik di New Orleans," kata Oxford Dictionaries. AFP

Subscribe to:
Comments (Atom)