Dhaka: Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menafikan rakyat negaranya digunakan sebagai pengundi hantu bagi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu.
Hasina menyatakan ketegasannya kepada Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan sempena lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri ke Bangladesh, yang berakhir semalam. Malah, Najib yang memaklumkan perkara itu kepada media Malaysia, secara sinis memaklumkan selain mengeratkan hubungan dua hala dan kerjasama Malaysia-Bangladesh, kunjungannya juga untuk 'mencari dan mengucapkan terima kasih kepada 40,000 rakyat Bangladesh' yang dikatakan telah mengundi BN dalam pilihan raya itu.
"Nampaknya misi yang kedua ini gagal sebab saya tak dapat jumpa 40,000 rakyat Bangladesh yang dikatakan mengundi BN. Perdana Menteri Bangladesh pun menggeleng kepala kepada saya... dia kata tak mungkin perkara ini berlakusebab jika nak jadi pengundi mesti menjadi warga Malaysia.
" Beliau kata memang tak ada kita memberi 40,000 kewarganegaraan kepada warga Bangladesh. Jadi, pokoknya satu misi (lawatan ke Bangladesh) amat berjaya dan satu misi lagi gagal sebab tak dapat ucap tahniah kepada mereka," katanya.
Najib berkata Hasina turut menyifatkan lawatannya berhasil dengan tekad menterjemahkan rasa kebersamaan rakyat kedua-dua negara dalam bentuk kerjasama semakin meningkat dan lebih luas.
Teliti bidang berpotensi
Hasina turut memaklumkan beberapa bidang berpotensi bagi pelaburan Malaysia di negara itu seperti infrastruktur, penjanaan kuasa, hospitaliti, telekomunikasi, pendidikan dan industri gas yang akan diteliti lebih lanjut.
Sementara itu, Najib berkata Malaysia-Bangladesh sependapat pelaksanaan kemasukan pekerja republik itu ke Malaysia melalui memorandum persefahaman (MoU) perbekalan tenaga kerja asing antara kerajaan dengan kerajaan bermula tahun ini, belum memuaskan.
Malah, katanya, wujud dakwaan ada pihak swasta, kebanyakannya di Bangladesh masuk melalui kaedah itu kerana tidak menguntungkan mereka.
"Kedua-dua pihak maklum ia belum memuaskan dari segi pelaksanaan. Setakat ini hanya 718 pekerja Bangladesh masuk ke Malaysia melalui kaedah itu.
"Kedua-dua kerajaan berharap kaedah ini digunakan kerana ia menjamin pekerja masuk secara betul, mengikut peraturan dan tidak dibebankan pembayaran yang begitu tinggi. Maknanya, pihak swasta yang mengeksploitasi pekerja tidak akan berlaku jika menggunakan kaedah MoU yang ditandatangani," katanya.
Sumber : BH, 20 November 2013
Tuesday, 19 November 2013
'Selfie' perkataan paling unik tahun ini
London: 'Selfie' adalah perkataan terbaik bagi 2013, kata pegawai di sini semalam.
Ini berikutan penggunaan perkataan itu mencapai lebih 17,000 peratus sejak 12 bulan lalu, kata Oxford Dictionaries yang menyiarkan 'Oxford English Dictionary' (OED).
Selfie adalah satu gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon bimbit atau webcam dan dimuatnaik ke dalam laman web.
Dapat perhatian
Pada 2013, perkataan mendapat perhatian selepas banyak digunakan pengguna media sosial. Pengarah Editorial Oxford Dictionaries, Judy Pearsall, berkata program penyelidikan bahasa mereka mengumpul 150 juta perkataan yang digunakan setiap bulan.
"Kita boleh lihat penggunaan meningkat selfie pada tahun ini membantunya menjadi perkataan terpilih tahun 2013," katanya.
Penyelidiknya mendapati, kekerapan penggunaan selfie meningkat 17,000 peratus sejak tahun lalu. Penggunaan terawal perkataan itu dikesan pada pos forum Australia pada Septembeer 2002.
"Hashtag selfie"
Pearsall berkata: "Laman media sosial membantu mempopularkan perkataan itu dengan 'hashtag selfie' muncul di Flickr seawal 2004 tetapi ia hanya meluas pada 2012 apabila media semakin meluas menggunakannya.
Perkataan lain dalam senarai perkataan tahun ini ialah 'bedroom tax' (merujuk kepada perubahan dasar kebajikan Britain); 'binge watch' (bermaksud menonton beberapa episod televisyen sekaligus); 'bitcoin' (mata wang digital); 'olinguito' (memalia dalam bahasa Amerika Selatan); 'schmeat' (daging sintetik) dan 'showrooming' (menonton tarikan di kedai online) dan twerk. "Twerk mula disebut awal 1990-an iaitu merujuk kepada adegan muzik di New Orleans," kata Oxford Dictionaries. AFP

Wednesday, 18 September 2013
Pembangkang lepas tangan masalah KUIN
Alor Setar: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir semalam membidas sikap pembangkang yang hanya suka bercakap kosong, tetapi tidak membantu menyelesaikan masalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN).
"Saya tak perlu jawab apa yang mereka (pembangkang) nak kata sebab tumpuan utama kita selaku kerajaan adalah menyelesaikan masalah KUIN secara berperingkat sehingga keadaan kembali stabil," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan sempena 100 hari pentadbirannya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan kerajaan negeri sebagai lemah kerana tidak mampu untuk membayar hutang pembinaan Kampus KUIN Kuala Ketil.
Bagaimanapun Mukhriz berkata, mahfuz tidak seharusnya menuding jari terhadap orang lain sedangkan masalah yang timbul sebelum ini adalah berpunca daripada salah tadbir dan urus kerajaan pembangkang ketika memerintah negeri ini.
Katanya, beliau enggan melakukan pendekatan dengan hanya bercakap bagi membalas dakwaan Mahfuz kerana rakyat sendiri boleh menilai prestasi dan hasil usaha dilakukan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah KUIN.
Sumber berita: Akhbar BH bertarikh 21 Ogos 2013

Kerajaan Pusat Peruntuk RM3.22b Projek Di Selangor
Shah Alam : Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM3.22 bilion pada 2012 untuk membiayai projek serta pembangunan di Selangor berbanding kerajaan negeri yang diterajui PKR yang hanya menyediakan RM667.58 juta.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata daripada jumlah berkenaan, 90 peratus dibelanjakan bagi membina pelbagai infrastruktur dan prasarana bagi kemudahan rakyat.
"Perangkaan menunjukkan kerajaan PKR Selangor hanya membelanjakan RM494 juta atau 70 peratus daripada RM667.58 juta bagi projek pembangunan. Perangkaan ini juga membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap rakyat Selangor dan sekaligus membuka mata mengenai kerajaan mana yang lebih banyak berkorban untuk rakyat. Malah, sejak 2008, Kerajaan Persekutuan berjaya membantu mengeluarkan 12, 677 keluarga di Selangor daripada paras kemiskinan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lalu serta Majlis Sambutan Aidilfitri di sini semalam.
Noh berkata, peranan utama majlis berkenaan adalah memastikan peruntukan Kerajaan Persekutuan sampai kepada golongan sasar dan semua projek yang dijalankan dapat berjalan lancar.

Wednesday, 11 September 2013
Pengikut Syiah Tuntut Fahaman Diperakui Umum
Sumber artikel : Berita Harian 10 Sept 2013
Kuala Lumpur: Lebih 100 pengikut Syiah menuntut fahaman mereka diperakui umum apabila mengemukakan akuan berkanun di Mahkamah Sivil.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata kumpulan Syiah itu dianggotai individu berumur 25 tahun ke atas, termasuk penjawat awam.
Sehubungan itu, katanya, JAKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti anggota kumpulan terbabit.
"Kita masih menyiasat kesahihan perkara ini sebelum melakukan apa-apa tindakan. Pengikut Syiah di negara ini perlu bimbingan supaya fahaman dianuti mereka tidak terus menebal," katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Sebelum itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM, Datuk Razali Shahabudin, berkata ulama dan cendikiawan Islam perlu mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak boleh berkompromi dalam cabaran Syiah.
" Mereka perlu ada rasa tanggungjawab untuk berhadapan dengan isu ini, sekaligus lebih agresif dan jelas menentang penyelewengan ajaran Syiah di negara ini."
Malaysia, Indonesia Destinasi Pilihan Pelarian Rohingya
Sumber artikel: Berita Harian 10 Sept 2013
Sittwe (Myanmar): Malaysia dan Indonesia menjadi dua destinasi pilihan pelarian Rohingya dari Myanmar untuk mencari perlindungan. Kebanyakan yang ditemubual oleh BH di kem pelarian , terletak di kawasan sawah padi, di pinggir Sittwe di sini mendakwa dua negara itu menjadi pilihan kerana faktor negara Islam, selain mempunyai saudara mara atau kenalan yang tinggal di negara terbabit sejak bertahun lalu.
Nor Amin Muhamad Amin,25, memberitahu bagaimana beliau menerima gambaran positif mengenai Malaysia sebagai negara Islam maju dan bersimpati kepada etnik Rohingya. Katanya, badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia dan Indonesia juga ada datang ke Myanmar untuk memberikan bantuan kepada mereka.
"Kalau boleh saya mahu kerja di Malaysia cari kehidupan baru," katanya yang berniaga kecil-kecilan di warung kopi Kem Baw Dhu Pa yang menempatkan 17,000 pelarian Muslim Rohingya di sini.
Penulis mendapati Kerajaan Negeri Rakhine memisahkan penduduk Rakhine Buddha dengan etnik Rohingya selepas konflik memuncak hujung tahun lalu yang menyebabkan 140,000 orang menjadi pelarian dengan kira-kira 200 terbunuh dan ratusan cedera.
Dilarang ke bandar
Setiap keluarga Rohingya tinggal dalam bilik berdindingkan buluh dan beratapkan zink dengan keluasan lima meter panjang dan lima meter lebar di kem pelarian. Mereka dilarang ke kawasan bandar yang kini hanya dihuni etnik Rakhine beragama Buddha.
Sepanjang perjalanan masuk dari Sittwe ke kawasan penempatan, pelarian juga dikawal anggota polis dan tentera yang memeriksa dokumen perjalanan mana-mana individu yang memasuki kawasan itu.
Pelarian Rohingya yang berasal dari Nazi, Sittwe, Mohd Jamil, 48, memberitahu kebanyakan pelarian masih hidup susah dan bergantung harap kepada bantuan asing.
Katanya, melarikan diri ke Bangladesh yang juga jiran terdekat Myanmar di sebelah barat, bukan lagi pilihan majoriti etnik Rohingya.
"Bangladesh pun negara miskin. Rakyat dia pun tak cukup makan, tempat tinggal," katanya yang pernah menetap lebih 10 tahun di Malaysia ketika zaman mudanya sebelum kembali ke Myanmar pada 2003.
Ketika ini, Kerajaan Myanmar masih membuka ruang kepada badan kemanusiaan untuk menghulurkan bantuan kepada etnik Rohingya dan Rakhine yang menjadi mangsa perbalahan kaum itu, tetapi ruang sama tidak diberi kepada media asing.
p/s: Berita ini adalah yang tulen disalin terus dari berita asal tanpa ada sebarang editing sama ada ditambah, dikurang atau diubah isi artikel ini..

Subscribe to:
Comments (Atom)